Tak layan rayuan cikgu pondan
MELAKA: “Abang...tolong lepaskan saya bang, saya tak bersalah...saya (janji) tak buat lagi!“ Itulah rintihan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), ketika ditahan kerana berlagak seperti wanita di kawasan tumpuan pondan di Taman Astakona atau lebih dikenali ‘Taman Asmara’, Bandar Hilir awal pagi semalam.
DICEKUP...kakitangan Jaim bersama anggota MBMB menahan seorang guru lelaki berpakaian wanita, awal pagi semalam.
DICEKUP...kakitangan Jaim bersama anggota MBMB menahan seorang guru lelaki berpakaian wanita, awal pagi semalam.
Operasi cegah maksiat bermula jam 2 pagi itu turut dilakukan di kawasan pasangan berdua-duaan di dalam kereta dan pusat hiburan yang beroperasi lebih masa sekitar Taman Merdeka, Bukit Rambai, Pantai Klebang, Bachang, Bukit Beruang dan di kawasan Jalan Tun Ali dan Jalan Kilang.
Ia dianjurkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan diketuai Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komunitinya, Mohd Derus Tompang dan turut disertai Polis Tentera.
Terdahulu, lelaki berusia 40 tahun dan mendakwa secara lisan kepada pegawai Jaim dia seorang guru Sains dan Matematik di Bukit Rambai itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa agama kira-kira jam 4.25 pagi semalam.
Namun, beliau yang ketika itu memandu kereta Proton Gen-2 gagal memboloskan diri berikutan jalan keluar dari taman itu disekat di lorong belakang Medan Selera Samudera, Bandar Hilir oleh kereta penguat kuasa. Dia yang bertubuh besar dan berambut pendek ditahan sekumpulan penguat kuasa Jaim selepas berlaku pergelutan, manakala ‘teman lelakinya’ dapat melepaskan diri.
Selepas berkali-kali merayu dan merintih, lelaki terbabit yang berasal dari Taman Desa Baru, Batu Berendam dekat sini, akhirnya pasrah apabila menyedari pegawai Jaim tidak termakan pujukan itu.
Wartawan akhbar ini yang mengikuti operasi bersepadu itu mendapati guru terbabit mengenakan gaun pendek bercorak bunga dengan mendedahkan bahagian dada dan paha serta memakai rambut palsu dan selipar labuci.
Dia kemudiannya digari dan selepas soal jawab serta dokumen peribadinya diperiksa, dia dibawa menaiki keretanya sendiri yang dipandu anggota Jaim ke Balai Polis Melaka Tengah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki terbabit yang sudah diambil keterangannya dan dibebaskan dengan jaminan selepas dikeluarkan saman hadir di mahkamah.
Beliau berkata, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 kerana berlagak seperti wanita, jika disabitkan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.
Rahimi, berkata, Jaim turut menahan dua pasangan pelajar institusi pengajian tinggi di Johor yang tidur di dalam kereta berasingan berdekatan Medan Selera Samudera.
myMetro: 16 Februari 2010
Blog Archive
-
▼
2010
(33)
-
▼
April
(18)
- Kena tampar lewat 10 minit
- Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul ...
- Dihalau dari asrama-Tindakan warden menyebabkan ib...
- Bekas guru besar disaman guru
- Guru geram pelajar kata...celaka cikgu
- Guru agama didakwa cabul murid
- Tak layan rayuan cikgu pondan
- Cikgu pondan mungkin dipindah
- Guru edar dadah idam hidup mewah
- POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
- Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja
- Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru
- Ustaz Naik Hantu
- Cikgu Paparazi
- Pelajar Tampar Muka Cikgu
- Saya Mencemburui Gaji Guru
- Lapan Murid Perempuan Dakwa Dicabul Ustaz Gatal
- Kisah Muka Pelajar Dicakar Guru
-
▼
April
(18)
- Kena tampar lewat 10 minit
- Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul murid tahun 2
- Dihalau dari asrama-Tindakan warden menyebabkan ibu bapa kelam-kabut
- Bekas guru besar disaman guru
- Guru geram pelajar kata...celaka cikgu
- Guru agama didakwa cabul murid
- Tak layan rayuan cikgu pondan
- Cikgu pondan mungkin dipindah
- Guru edar dadah idam hidup mewah
- POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
- Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja
- Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru
- Ustaz Naik Hantu
- Cikgu Paparazi
- Pelajar Tampar Muka Cikgu
visitors...
myblackforest
myraspberry...

http://www.flashwidgetz.com/playlist/PLTP8YIT38BU131AHE
7 comments:
hahah...
padan la semakin ramai orang pondan..
guru pun jadi pondan...
siang jadi lelaki... malam jadi betina..
betul2...pelajar selalu memerhatikan guru mereka.. remaja yang mudah terpengaruh akan terikut-ikut dengan gelagat guru mereka..hasilnya.. ni lah..makin ramai yang jadi pondan...cikgu..cikgu..apa nak jadi ni???
betul3x...remaja yang mudah terpengaruh sedikit sebanyak akan terikut-ikut dengan gelagat guru mereka..mungkin ni salah satu sebab kenapa semakin ramai pondan di negara kita...cikgu...cikgu..apa nak jadi???
macam ni ke guru yang bakal mendidik anak bangsa kita? saya sebagai seorang guru agak sedih dengan situasi sekarang.kalau guru pun da buat perkara tak elok macam ni, macam mana dengan pelajar yang bermasalah yang menuntut perhatian daripada guru? tepuk dada..tanya selera..
saya tertarik dengan artikel ni...saya ingin menjelaskan terdpt perbezaan antara pondan dan lelaki lembut. sering kali guru lembut disalah anggap sebagai pondan.tambahan pula, pabila keluarnya artikel sebegini...guru lembut dipandang serong. sedangkan mereka sebenarnya ikhlas dalam menjalankan tugas seorang guru. malahan lagi bagus daripada guru-guru lain yang hanya menjadi guru semata-mata utk mendapat gaji yg tinggi. saya harap guru-guru lain berfikiran lebih terbuka dan ikhlas dalam menjalankan tugas...
kesian cikgu kesayangan skbr kena cekup jaim....dekat sekolah mcam singa tp kt luar sekolah macm belut lembik je...
hahahahahahahaha
betul ada beza ... kna jelas cikgu lembut bukan pondan.. kdg2 mereka lbh cmrlang dan teliti dri cikgu2 yang kata jantan , macho tapi hampeh
Post a Comment