Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru

JASIN - Gara-gara dituduh ponteng sekolah, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum mendakwa ditampar seorang guru lelaki sebanyak lima kali di pipi sehingga bengkak.

Pelajar terbabit, Imran Mahfuz, 15, berkata, selepas perhimpunan pada pagi Isnin lalu iaitu kira-kira pukul 9 pagi, dia mencari kawan-kawannya di padang kerana ketika itu waktu Pendidikan Jasmani (PJ).

Menurutnya, melihat rakan-rakannya tiada di padang, dia terus ke kantin sekolah untuk mencari mereka di sana.

"Ketika melalui gelanggang bola tampar, seorang guru lelaki memanggil saya dan bertanya saya dari mana. Saya memberitahu saya dari padang kerana ketika itu waktu PJ tetapi tiada pelajar lain di padang.

"Namun guru ini tidak percaya dan menuduh saya ponteng dan berbohong lalu mencekak kolar baju dan menampar saya sebanyak dua kali di pipi kiri," ceritanya.

Imran mendakwa, guru berkenaan kemudiannya mengheretnya ke bahagian belakang bangunan dan menamparnya sebanyak dua kali lagi kerana dituduh memanjat pagar sekolah.

"Saya kemudian dibawa ke bilik guru dan ditampar sekali lagi di hadapan guru lain walaupun berulang kali saya menafikan dakwaannya," katanya.

Kata Imran, akibat ditampar, bibirnya pecah dan pipi kirinya bengkak sehingga sukar untuk makan.

Kosmo Online: 22 Oktober 2009

4 comments:

Anonymous said...

saya rasa pelajar tu memang nak ponteng...mana mungkin tetiba pelajar kelas dia hilang...dia pergi mana selepas perhimpunan??walaubagaimanapun guru tersebut tidak patut berbuat begitu...

farhana said...

saya rase, tdk wajar guru terbabit menampar pelajat tersebut di hadapan guru2 lain...guru tersebut sepatutnya menyelesaikan masalah itu dgn bijak..mungkin masalah itu dpt diatasi dgn memaklumkan kpd kedua ibu bapa pelajar itu...

farhana said...

bg pandapat sy, tindakan guru terbabit akan memberi kesan trauma kpd pelajar terbabit...pelajar tersebut akan mula takut utk pergi ke sekolah krn gara2 sikap guru yg panas baran dan suka bertindak melulu..

farhana said...

tindakan guru tersebut mmg telah melanggar etika profesion perguruan..sepatutnya guru tersebut menggunakan psikologi utk menyelesaikan masalah terbabit..bukannya bertindak ganas...

Post a Comment

visitors...

Followers

myblackforest

myraspberry...


This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

http://www.flashwidgetz.com/playlist/PLTP8YIT38BU131AHE