POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dan guru adalah antara 44 orang yang ditahan kerana memiliki dan didapati positif dadah ketika sebuah pusat hiburan yang terletak di kawasan perumahan di Tanjung Malim, Perak diserbu pagi kelmarin.
Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim itu ditahan kerana positif dadah, manakala tiga lagi rakannya yang juga anggota polis turut ditahan kerana berada di pusat itu.
Tiga anggota polis itu bakal berdepan tindakan tunjuk sebab berhubung tujuan mereka berada di pusat hiburan berkenaan.
Operasi kira-kira jam 4.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman yang diketuai Deputi Superintendan Aida Abdul Hamid menyerbu pusat hiburan yang terletak di kawasan rumah kedai dua tingkat, Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim serta menahan 44 orang, termasuk 14 wanita kerana positif dadah jenis syabu, ecstacy dan ketamin.
Sumber polis berkata, guru berusia 27 tahun dari Sekolah Kebangsaan Trolak itu ditahan kerana memiliki dadah ecstacy.
Turut ditahan dalam serbuan itu ialah dua lagi lelaki, termasuk pengurus pusat hiburan berkenaan kerana memiliki dan menjual dadah kepada pengunjung pusat terbabit.
Polis juga mengesan taktik pengunjung pusat itu yang membawa sampel air kencing dari luar yang dipercayai bebas dadah bertujuan untuk digunakan ketika serbuan dibuat.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Slim River untuk tindakan lanjut dan bagi pengunjung yang disahkan positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala pengunjung yang ditahan kerana memiliki dadah akan disiasat mengikut Seksyen 39B akta sama.
Sumber itu berkata, serbuan yang berakhir kira-kira jam 7 pagi itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada penduduk setempat berhubung kewujudan pusat hiburan yang beroperasi sehingga jam 7 pagi setiap hari sehingga mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar serta dibuka berhampiran dengan Masjid Behrang.
Polis juga sedang menyiasat lesen pusat hiburan itu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pusat hiburan itu juga sebelum ini dikatakan pernah diserbu dua kali oleh polis daripada IPD Tanjung Malim pada 13 dan 16 Februari lalu dan berjaya menahan tiga pengunjung yang disahkan positif dadah.
Sementara itu, seorang lelaki bertindak melarikan diri ke atas bumbung sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan pusat karaoke di ibu negara selepas pusat itu diserbu sepasukan polis dari Bukit Aman kira-kira jam 1.30 pagi semalam.
Lelaki berusia 45 tahun itu, bagaimanapun berjaya ditahan polis dan hasil pemeriksaan polis menemui beberapa biji pil dadah dipercayai eramin 5 untuk dijual kepada pengunjung pusat itu dan sejumlah wang tunai.
Lelaki itu ditahan bersama-sama 39 pengunjung lain yang terdiri daripada 31 lelaki dan lapan wanita termasuk seorang remaja perempuan berusia bawah 18 tahun. Ketika pemeriksaan, kira-kira 100 pengunjung berada di pusat itu dan kesemua yang ditahan di bawa ke IPD Cheras untuk siasatan lanjut.
Pusat itu yang dibuka sejak setahun lalu dipercayai menjadi tumpuan golongan elit serta menjadi tempat pengedaran dadah di kalangan pengunjung pusat berkenaan. - Bernama
Berita Harian Online: 21 Februari 2010
Blog Archive
-
▼
2010
(33)
-
▼
April
(18)
- Kena tampar lewat 10 minit
- Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul ...
- Dihalau dari asrama-Tindakan warden menyebabkan ib...
- Bekas guru besar disaman guru
- Guru geram pelajar kata...celaka cikgu
- Guru agama didakwa cabul murid
- Tak layan rayuan cikgu pondan
- Cikgu pondan mungkin dipindah
- Guru edar dadah idam hidup mewah
- POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
- Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja
- Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru
- Ustaz Naik Hantu
- Cikgu Paparazi
- Pelajar Tampar Muka Cikgu
- Saya Mencemburui Gaji Guru
- Lapan Murid Perempuan Dakwa Dicabul Ustaz Gatal
- Kisah Muka Pelajar Dicakar Guru
-
▼
April
(18)
- Kena tampar lewat 10 minit
- Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul murid tahun 2
- Dihalau dari asrama-Tindakan warden menyebabkan ibu bapa kelam-kabut
- Bekas guru besar disaman guru
- Guru geram pelajar kata...celaka cikgu
- Guru agama didakwa cabul murid
- Tak layan rayuan cikgu pondan
- Cikgu pondan mungkin dipindah
- Guru edar dadah idam hidup mewah
- POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
- Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja
- Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru
- Ustaz Naik Hantu
- Cikgu Paparazi
- Pelajar Tampar Muka Cikgu
visitors...
myblackforest
myraspberry...

http://www.flashwidgetz.com/playlist/PLTP8YIT38BU131AHE
5 comments:
tutup saja semua pusat hiburan kan senang...
kerana pusat hiburan la tempat bersarangnya bermacam maksiat...kalau tak tak nama pusat hiburan...
guru sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar...guru-guru macam ni la yang merosakkan profesion perguruan...kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
saya setuju...sepatutnya guru bekerjasama dgn polis membanteras jenayah dan dadah..bukannya bekerjasama melibatkan diri dengan jenayah atau pun dadah!
pemilihan guru seharusnya lebih ketat agar perkara ini tidak berulang..
dadah adalah musuh negara!!! kalau cikgu sendiri yang terlibat dgn dadah, bagaimana dgn anak bangsa? saya betul2 sedih dgn situasi sekarang. seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan senget. ambil la iktibar daripada kisah ini..
Post a Comment