Kisah Cikgu Zati...dan pantun

Di sebuah sekolah di pedalaman Pahang....yang penduduknya majoriti penduduk Orang Asli, telah menerima kehadiran seorang guru baru. Guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Setelah beberapa episod di sekolah itu, tibalah waktunya guru tersebut mengajar Pantun Melayu kepada anak-anak muridnya.

Cikgu Zati : Murid-murid,hari ini cikgu hendak mengajar Pantun 4 kerat.

(proses P&P pun berjalan dengan lancar)

Untuk memantapkan lagi proses P&P, guru tersebut pun memberi contoh pantun.....tapi hanya 2 kerat saja , yang lagi 2 kerat tu...guru tersebut minta murid selesaikan memandangkan pantun tersebut adalah pantun yang popular di kalangan masyarakat Melayu...

Cikgu Zati : Baiklah, siapa yang boleh lengkapkan pantun ini...

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
......................
......................

Tak seorang murid pun yang mengangkat tangan...jadi guru tersebut terpaksalah memanggil nama murid untuk selesaikan pantun itu......

Cikgu Zati : Min, cuba selesaikan.

(Min pun bangun dengan bangganya)

Min : DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG

NAK SHAMER, SHAMER LAH,
TAK NAK SHAMER SHUDAH.

Setakat ini saja pelajaran pada hari ini...

Kisah Cikgu Aidil


Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?" Tanya cikgu aidil.

"RM 1 cikgu!" jawab murid itu spontan.

"Salah tu." tegur cikgu aidil penuh kasih sayang.

"mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon Cikgu aidil dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

P/S: Guru hendaklah sentiasa bersabar melayani kerenah murid.

Kisah Cikgu Mas

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan
dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam
perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah
'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali.

P/S : Guru hendaklah adil dalam memberi hukuman kepada pelajar.

Kisah Cikgu Awang dan Cikgu Zul

Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tentang pelajarnya masing-masing...

Cikgu Awang : Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Cikgu Zul : Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Cikgu Awang : Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Cikgu Zul : Astagfiruallah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....
Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Cikgu Awang : Nama pelajar saya "Ah Chong"...hehe

Keesokkan paginya Cikgu Awang terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

p/s : Guru-guru hendaklah prihatin dengan perkembangan para pelajar.

Kisah Cikgu Nani...

Cikgu Nani bertanya kepada murid-muridnya...

"Siapa guru yang paling kamu suka di sekolah ni?"

"Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk ke arah cikgu nani yang berada di hadapan.

"Kenapa saya?" tanya cikgu nani yang mula berasa bangga.

"Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar..."

adakah Cikgu Nani beretika? Fikir-fikirkan lah...

Kisah Cikgu Ima...dan perkataan berlawan

murid-murid : Selamat pagi Cikgu Ima.

cikgu ima : kenapa selamat pagi aje? petang, malam awak x doakan saya selamat kah?

murid-murid : selamat pagi, petang dan malam cikgu!!!

cikgu ima : panjang sangat tu. x pernah pun dibuat oleh orang lain.katakan saja selamat sejahtera!senang dan penuh bermakna.lagipun ucapan ini meliputi semua keadaan.

murid-murid : selamat sejahtera, cikgu!

cikgu ima : sama-sama, duduk.dengar sini baik-baik. hari ni, cikgu nak buat kata berlawan.Kamu mesti jawab dengan cepat.

murid-murid : faham, cikgu Ima.

cikgu ima : saya x mahu ade ape2 gangguan.

murid-murid : (senyap)

cikgu ima : Pandai!

murid-murid : Bodoh!

cikgu ima : Tinggi!

murid-murid : Rendah!

cikgu ima : Jauh!

murid-murid : Dekat!

cikgu ima :Keadilan!

murid-murid : UMNO!

cikgu ima : Bodoh!

murid-murid : Pandai!

cikgu ima : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

murid-murid : Ini adalah jawapan, pandai!

cikgu ima : Mati aku!

murid-murid : Hidup kami!

cikgu ima : Rotan baru kamu tau!

murid-murid : Akar lama tak tau!

cikgu ima : Malas aku nak mengajar kamu semua!

murid-murid : Rajin kami x belajar cikgu!

cikgu ima : Kamu gila!

murid-murid : kami siuman!

cikgu ima : Cukup! Cukup!

murid-murid : Kurang! Kurang!

cikgu ima : Sudah! Sudah!

murid-murid : Belum! Belum!

cikgu ima : Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?

murid-murid : Sebab kami semua itu pandai sikit!

cikgu ima : Oh! Melawan!

murid-nurid : OH! Mengalah!

cikgu ima : Kurang ajar!

murid-murid : Cukup belajar!

cikgu ima : Habis aku!

murid-murid : Kekal kami!

cikgu ima : O.K. Pelajaran sudah habis!

murid-murid : K.O. Pengajaran belum bermula!

cikgu ima : Sudah, bodoh!

murid-murid : Belum, Pandai!

cikgu ima : Berdiri!

murid-murid : Duduk!

cikgu ima : Bangang kamu ni!

murid-murid : Cerdik kami tu!

cikgu ima : Rosak!

murid-murid : Baik!

cikgu ima : Kamu semua ditahan tgh hari ini!

murid-murid : Kami dilepaskan tgh mlm itu!

cikgu ima : (senyap dan mengambil buku-bukunya)

Kisah Cikgu Ana...

Pada suatu hari, di sebuah sekolah rendah, ade seorang pelajar darjah satu menangis dengan kuat...kebetulan Cikgu Ana lalu dan bertanya...

Cikgu Ana : Kenapa menangis???

pelajar : Duit saya hilang sepuluh ringgit cikgu. (sambil menangis dengan kuat)

Cikgu Ana : Jangan la nangis ye...Ni Cikgu bagi sepuluh ringgit...

Namun pelajar itu menangis dengan lebih kuat...Cikgu Ana pun menjadi semakin hairan...

Cikgu Ana : Aik..Menangis semakin kuat? Kan Cikgu da kasi sepuluh ringgit.

Pelajar : iye cikgu..tapi kalu tadi duit saya x hilang mesti sekarang saya ade 20 ringgit...

Cikgu Ana : @#$%???

contoh etika (7)

Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

contoh etika (6)

Guru tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas professionalnya.



contoh etika (5)

guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profession perguruan.

contoh etika (4)

Guru hendaklah menjalankan tugas dengan jujur dan amanah.

contoh etika (3)

Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.


contoh etika (2)

~ Guru hendaklah menjaga tingkah laku agar tidak mencemarkan sifat professionalnya.

~ Guru hendaklah menjalankan tugas dengan jujur.

~ Guru tidak harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, maysarakat dan negara.

~ Guru hendaklah menanamkan sifat yang baik kepada semua murid supaya mereka berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna.

~ Guru hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada murid.

contoh etika (1)

-Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

-Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN

  1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
  2. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
  3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
  4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
  5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
  6. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
  7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
  8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
  9. Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
  10. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
  11. Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
  12. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna.
  13. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.
  14. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ 'role model' kepada muridnya.
  15. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
  16. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
  17. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.
  18. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
  19. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
  20. Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan.
  21. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

visitors...

Followers

myblackforest

myraspberry...


This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

http://www.flashwidgetz.com/playlist/PLTP8YIT38BU131AHE