Kena tampar lewat 10 minit

SUBANG JAYA: Hanya 10 minit lewat tiba ke sekolah, seorang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2, di sini bukan saja mengalami trauma, malah pendengaran telinga kanannya turut terjejas selepas ditampar guru disiplinnya kelmarin.

Ibunya, Kavitah Vathamalai, mendakwa tindakan melampau guru itu hanya diketahuinya selepas anak perempuannya yang berusia sembilan tahun mengadu telinga kanannya sakit hingga mengalami kesukaran untuk tidur, selain demam.

“Bila diperiksa, telinga kanannya didapati bengkak. Bagi mengelak keadaan lebih teruk, saya terus membawanya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pada mulanya, dia cuba merahsiakan apa yang berlaku.

“Bagaimanapun, selepas didesak berulang kali, dia akhirnya mengaku ditampar guru disiplin pada sesi perhimpunan kerana lewat hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita semalam sambil memberitahu anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman di telinga kanannya.

Beliau menganggap tindakan guru terbabit sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi selepas anaknya menjelaskan sebab kelewatannya tiba di sekolah.

“Lagipun, anak saya seorang perempuan. Saya pun tidak tahu apa yang difikirkan oleh guru terbabit ketika mengambil tindakan itu. Sedangkan, kesalahan dilakukannya cuma tiba lewat 10 minit ke sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sudah ke sekolah anaknya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila tidak dilayan oleh guru besarnya, selain dihalang bertemu guru disiplin terbabit.

“Sebagai ibu, saya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu. Bagaimanapun, guru besar terbabit tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah tidak mahu mengalah langsung dan mempertahankan tindakan guru disiplinnya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Puchong kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
“Insiden ini akan turut dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran. Semua tindakan ini saya buat untuk memastikan anak saya mendapat keadilan, selain sebagai peringatan kepada guru terbabit supaya tidak sewenang-wenangnya memukul pelajar mereka,” katanya.

“Bayangkan, hanya disebabkan kejadian ini, anak saya sekarang trauma dan enggan ke sekolah. Ini boleh menjejaskan pelajarannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berita Harian Online: 28 Oktober 2009

8 comments:

Anonymous said...

subhanallah...kejut ak dgr berita ni....tobat a...disebbkan sorg gru..hbs rosak profesion pgruan...ni la org kt..sbb nila stitik rosak susu se belanga

Anonymous said...

pihak sekolah tidak sepatutnya mempertahankan guru demi menjaga nama sekolah... bila kes ini dah ke polis... sudah pasti nama sekolah juga akan tercemar... sebagai guru displin... tidakan terhadap murid perlulah bersesuaian dengan kesalahan murid...bukan bertindak mengikut nafsu amarah sahaja...

Anonymous said...

guru yang menampar murid dan juga guru besar, dua-dua tak beretika...tidak beretika dengan pelajar dan ibu bapa. guru memberi hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat. guru besar pula sepatutnya bersedia untuk memberi penjelasan berhubung dengan insiden itu kepada ibu bapa.

farhana said...

takkan cg disiplin tu xbleh berunding langsung dgn masalah ini?mesti ade reason pelajar tu lewat..lgpun rasernyer ade jg segelintir guru2 yg lewat ke sekolah..tp, masalah ni x dipersoalkan plak?

farhana said...

macam mana nk meningkatkan perkembangan diri pelajar klu hubungan ibu bapa dgn guru dan guru besar tidak baik?klu camni la keadaannya di sekolah,susah gak la sekolah nk capai visi dan misi sekolah...

Anonymous said...

seorang guru y profesional akan melaksanakan tindakan dengan berdasarkan akal y waras bukan berdasarkan hawa nafsu...

Anonymous said...

inilah jadinya ble nafsu menguasai diri..bertindak pakai hawa nafsu bkn akal.... kebanyakkan cigu dpt tngk kesalahan ank murid mereka..tp bile time mereka plak xmau xdpersoalkan..

Anonymous said...

setuju ngan komen2 kt ats..klo guru tu xde sifat penyabar n penyayang susahla nk didik ank2 zaman sekarang ni..pendekatan secara psikologi ptut digunakan..bukannya kekerasan..

Post a Comment

visitors...

Followers

myblackforest

myraspberry...


This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

http://www.flashwidgetz.com/playlist/PLTP8YIT38BU131AHE