Bekas guru besar disaman guru
ALOR SETAR - Pada Oktober tahun lalu, seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di Kuantan, Pahang menyaman pengetuanya dan menuntut ganti rugi sebanyak RM228,000 kerana mendakwa pengetuanya telah menjejaskan reputasinya.
Pada tahun ini, ketika sesi persekolahan baru bermula 20 hari, budaya menyaman membabitkan guru dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini.
Semalam di Mahkamah Tinggi di sini, sepasang guru memfailkan saman berjumlah RM1.5 juta terhadap dua bekas guru besar mereka yang telah bersara dan seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Kedah kerana mendakwa dianiaya sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah mental yang dahsyat.
Pasangan suami isteri itu ialah Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, plaintif pertama manakala isterinya Roziaini Mohd. Rozi, 38, plaintif kedua.
Kedua-dua plaintif menamakan Munajat Tamrin, pegawai di Jabatan Pelajaran sebagai defendan pertama.
Noriah Murad, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Jalan Langgar tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004, defendan kedua.
Defendan ketiga, Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar SK Iskandar, Alor Setar tempat Mohd. Afandi bertugas pada 2004.
Kosmo Online: 25 Januari 2010
Blog Archive
-
▼
2010
(33)
-
▼
April
(18)
- Kena tampar lewat 10 minit
- Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul ...
- Dihalau dari asrama-Tindakan warden menyebabkan ib...
- Bekas guru besar disaman guru
- Guru geram pelajar kata...celaka cikgu
- Guru agama didakwa cabul murid
- Tak layan rayuan cikgu pondan
- Cikgu pondan mungkin dipindah
- Guru edar dadah idam hidup mewah
- POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
- Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja
- Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru
- Ustaz Naik Hantu
- Cikgu Paparazi
- Pelajar Tampar Muka Cikgu
- Saya Mencemburui Gaji Guru
- Lapan Murid Perempuan Dakwa Dicabul Ustaz Gatal
- Kisah Muka Pelajar Dicakar Guru
-
▼
April
(18)
- Kena tampar lewat 10 minit
- Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul murid tahun 2
- Dihalau dari asrama-Tindakan warden menyebabkan ibu bapa kelam-kabut
- Bekas guru besar disaman guru
- Guru geram pelajar kata...celaka cikgu
- Guru agama didakwa cabul murid
- Tak layan rayuan cikgu pondan
- Cikgu pondan mungkin dipindah
- Guru edar dadah idam hidup mewah
- POlis, guru antara 44 ditahan di pusat hiburan
- Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja
- Pelajar Bengkak Pipi Ditampar Guru
- Ustaz Naik Hantu
- Cikgu Paparazi
- Pelajar Tampar Muka Cikgu
visitors...
myblackforest
myraspberry...

http://www.flashwidgetz.com/playlist/PLTP8YIT38BU131AHE
6 comments:
apa nak jadi sekarang ni dah... dulu murid saman guru... nin guru saman guru plak dah... padan la kes mahkamah x habis-habis...
hubungan antara guru perlu dijaga agar dpt bekerjasama dgn baik...setiap guru perlu menghormati guru lain dan pihak atasannya ..begitu juga sebaliknya...jika tidak dijaga..yang menjadi mangsa keadaan adalah anak murid..fikir-fikir kan lah...
inilah die ble etika guru tentang kod etika terhadap rakan sejawat tak dihayati dan diamalkan.. jalan penyelesaian yang lebih baik patut dilakukan...bukan dakwa mendakwa...barula boleh menjadi contoh kepada semua..
guru mestilah berani menegakkan kebenaran!!!
guru2 mestilah menjaga hubungan antara mereka bagi memudahkan mereka bekerjasama. program-program bagi memantapkan lagi hubungan antara guru haruslah diadakan dari awal lagi agar tidak wujud masalah seperti yang dilaporkan dalam berita di atas.
saya stuju ngan pndapt kwn2...
sepatutnya guru perlu menjaga hubungan sesama guru...bukan sebaliknya...
Post a Comment